Setiap saat berharga wajar diabadikan dengan sempurna. Kami bawakan pengalaman photobooth interaktif terus ke majlis anda: kamera DSLR, cetakan studio serba pantas dan templat eksklusif khas untuk hari istimewa anda.
Sistem photobooth kami dibina sendiri, jadi tetamu anda dapat pengalaman yang jarang ditawarkan oleh photobooth lain.
Gambar dirakam dengan kamera DSLR Canon dan lampu studio, bukan kamera tablet. Hasil jernih, tajam dan terang.
Imbas QR selepas bergambar: tetamu terus dapat strip dan setiap gambar asal kualiti HD di telefon mereka.
Setiap strip ada versi boomerang yang bergerak, sedia untuk dikongsi di Instagram dan TikTok.
Tetamu pilih sendiri tahap kulit licin dan cerah sebelum bergambar, dan nampak hasilnya terus di skrin.
Tukar latar belakang gambar ke pantai, studio atau tema majlis, tanpa perlu green screen.
Tetamu rakam video ucapan. Tuan rumah dapat video montaj semua ucapan selepas majlis.
Tetamu tulis ucapan di tablet. Tuan rumah dapat buku ucapan digital (PDF) untuk disimpan selamanya.
Semua gambar majlis dalam satu QR album, boleh dimuat turun oleh tuan rumah dan tetamu selama 7 hari.
Pilih pakej yang sesuai dengan tema dan tempoh majlis anda. Semua pakej termasuk cetakan tanpa had dan salinan digital HD.
Lihat keceriaan tetamu semasa menggunakan perkhidmatan RAYS PHOTOBOOTH dalam pelbagai jenis majlis.
Dekorasi eksklusif & bingkai foto custom
Penjenamaan khas & imbasan QR pantas
Prop menyeronokkan & cetakan instant tanpa had
Setiap kelengkapan dan perkhidmatan disediakan secara lengkap tanpa sebarang kos tersembunyi.
Tetamu boleh mencetak gambar seberapa banyak yang diingini sepanjang tempoh majlis berlangsung.
Bingkai cetakan direka khas mengikut warna tema, monogram nama pengantin, atau logo acara anda.
Imbas kod QR dan muat turun gambar HD terus ke telefon bimbit secara serta-merta.
Set lampu studio profesional memastikan kualiti gambar sentiasa jernih, tajam, dan bersinar.
Pelbagai pilihan aksesori prop comel serta backdrop yang anggun mengikut majlis.
Dua orang krew profesional bersedia membantu tetamu dari awal hingga akhir majlis.
Pilih pakej asas, tambah masa dan add-on mengikut keperluan majlis. Kadar tambahan tetap RM150/jam untuk mana-mana pakej.
Kepuasan tuan rumah dan kemeriahan tetamu adalah keutamaan kami.
Servis RAYS PHOTOBOOTH memang tiada tandingan! Krew peramah, cetakan gambar sangat terang, dan tetamu tak putus-putus beratur. Highly recommended!
Pakej untuk 2 jam pertama sangat berbaloi dengan kualiti setaraf studio mahal. Templat gambar disesuaikan mengikut warna tema kami.
Sistem QR code sangat memudahkan tetamu muda muat turun gambar terus ke telefon. Memang membuatkan majlis syarikat kami makin meriah!
Kadar asas kami bermula daripada RM550 untuk Pakej Basic (2 jam). Setiap jam tambahan seterusnya hanya dikenakan RM150/jam.
Ya! Sepanjang tempoh sewaan berkuat kuasa, tetamu anda bebas bergambar dan mencetak seberapa banyak keping cetakan foto tanpa sebarang had.
Selepas bergambar, skrin akan papar kod QR. Tetamu imbas dengan telefon dan terus dapat strip, gambar asal kualiti HD dan boomerang. QR sesi aktif selama 12 jam, manakala QR album majlis (semua gambar) aktif selama 7 hari.
Video Guestbook membolehkan tetamu merakam video ucapan ringkas; tuan rumah akan menerima video montaj semua ucapan selepas majlis. AI Background pula menukar latar belakang gambar (contohnya pantai atau studio) tanpa perlu green screen. Kedua-duanya termasuk dalam Pakej VIP dan boleh ditambah sebagai add-on untuk pakej lain.
Boleh. Kami reka layout strip mengikut warna tema, nama pengantin, tarikh atau logo acara anda secara percuma untuk semua pakej.
Kami sedia menerima tempahan bagi pelbagai majlis di seluruh daerah di Semenanjung Malaysia. Kos pengangkutan dimaklumkan mengikut lokasi majlis.
Slot hujung minggu cepat penuh. Semak ketersediaan sekarang, krew kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp.
Isi maklumat di bawah dan krew kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp.